Thursday, November 1, 2012

ceta pasal saman

oh hai semua. assalamualaikum ;)

ni bukan kes aku kena saman tapi hari tu aku agak blur sebab kawan aku ada ceta pasal seorang suami ni pergi saman isteri dia atas sebab kehodohan isteri dia ja. aku heran gak, jadi aku search ceta tu tadi dan nak share dgn korang semua. rupa-rupanya dia kena saman atas sebab tak berterus-terang yg kecantikan dia ni plastik semata-mata.


Seorang lelaki dari China, Jian Feng telah menceraikan dan menyaman isterinya sebanyak $120,000 dan beliau menang kes tersebut.

Menurut laporan, Feng tinggal bersama isterinya yang cantik hidup bahagia sehinggalah mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang mana kelihatan sedikit pun tidak sama dengan mereka berdua. Bayi tersebut juga dilaporkan hodoh dan mengejutkan beliau.

Timbul keraguan dan syak wasangka dalam diri Feng dan beliau menuntut supaya isterinya memberitahu siapakah bapa sebenar bayi perempuan yang dilahirkan itu. Akhirnya, si isteri mengaku telah membuat rawatan pembedahan plastik di Korea Selatan untuk merubah keseluruhan mukanya menjadi cantik.

Feng telah menyaman di bawah terma isterinya telah menipu beliau sehingga mengahwininya dalam rupa yang palsu.

Sumber: majalah biar betul

memang tak sangka ada juga org yg macam ni kan? isk3. manusia manusia...

sincerely,
cikmuda []

2 comments:

Iman Nur Aima said...

kita cantik original kan? :)

#eh..eh..blog ni dah lain laa...nice!

cikmuda said...

Iman Nur Aima - ha'ah kita cantik original. ehee thanks dear sbb singgah dan komen. ;)